fbpx

Pelakon popular mengaku tidak bersalah cederakan pengawal keselamatan

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan, tahun lalu.

Pengakuan tertuduh atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa pada 16 Jun 2022 jam 8.30 malam ketika berada di kawasan lif sebuah kondominium dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu berusia 27 tahun.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memohon mahkamah mengenakan ikat jamin rendah dengan alasan anak guamnya, Sharnaaz memberi kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan tiada risiko untuk melarikan diri.

“Anak guam selaku Orang Kena Saman (OKS) ditangkap pada Jun 2022 dan selepas enam bulan baru dia dituduh. OKS direman selama empat hari sebelum ini dan akan menghadiri prosiding seterusnya mengikut ketetapan mahkamah.

“Sedikit latar belakang Sharnaaz iaitu seorang duda dan ada seorang anak lelaki berusia lima tahun. Dia ada hak jagaan anak bersama bekas isteri.

“Saya juga akan menghantar representasi kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji fakta baharu dalam kes ini,” katanya.

Majistret kemudian membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles