fbpx

Mayat dikerat enam, dibunuh 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi

SUNGAI BULOH – Mayat lelaki warga asing dikerat enam telah dibunuh kira-kira 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi yang dijumpai di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, polis masih berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa serta penjenayah yang melakukan perbuatan itu.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dibunuh 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi dan dibuang ke lokasi terbabit.

“Setakat ini, identiti masih tidak dapat dikenal pasti kerana mangsa adalah warga asing dan pihak kami juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dilanjutkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

“Berdasarkan bedah siasat, mayat juga didapati tidak mempunyai kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG), maka kemungkinan besar ia warga asing.

“Kita juga mungkin akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles