fbpx

Sarjan mejar bakal berkahwin kritikal jatuh dari tingkat 4

LUMUT – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar polis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam, kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 5.45 pagi semalam memaklumkan kejadian membabitkan mangsa lelaki itu.

Katanya, anggota polis berusia 38 tahun berkenaan sedang bercuti dari tugasnya di Pahang dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam di kediaman keluarganya di Ayer Tawar.

“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung.

“Motif kejadian masih belum diketahui dan dalam siasatan polis.

“Jadi kita menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat yang tidak sah berkenaan kejadian ini,” katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles