WASHINGTON – Legenda gusti, Hulk Hogan membuat pemintaan pelik apabila meminta bantuan peminat ketika berdepan masalah di dalam tandas.
Akhbar Daily Star semalam melaporkan, ia gara-gara lelaki berusia 69 tahun itu dilaporkan kehabisan tisu tandas.
Dia meminta bantuan pengikutnya itu di laman Twitter. Hogan menulis: “Saya kehabisan tisu tandas, tolong!
Bagaimanapun, ciapan itu dipadamkan tidak lama selepas itu dan tiada komen lanjut daripada Hogan.
Pakar gusti, David Bixenspan menulis: “Ini adalah perkara paling indah yang pernah saya lihat.
“Saya tidak menyangka Hulk Hogan akan memuat naik ciapan dengan meminta tisu tandas ketika menghadapi masalah di dalam bilik air,” katanya. – Agensi