fbpx

Dipenjara enam tahun, persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri perempuan berusia lapan tahun, pada 2018.

Hakim Tasnim Abu Bakar, menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatan itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan melakukan persetubuhan itu di sebuah rumah pangsa, Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, jam 2 petang, pada 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana tiada pekerjaan tetap dan perlu menyara dua adiknya berusia 20 serta 18 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

“Ketika kejadian mangsa berusia lapan tahun dan sebagai abang, dia sepatutnya menjaga serta mendidik adik yang masih kecil dengan perkara yang baik bukan bertindak sedemikian.

“Akta kanak-kanak masih terpakai kerana ketika kejadian tertuduh berusia 18 tahun dan masih seorang kanak-kanak,” katanya.

Tertuduh dipenjara berkuat kuasa bermula 15 November lalu dan diarahkan mengikuti sesi kaunseling di penjara dan perlu berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman terbabit.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles