fbpx

Tengku Zafrul akan dipanggil SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipanggil bagi membantu siasatan projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memanggil Tengku Zafrul dalam masa terdekat.

“Setakat ini, pihak kami sudah mengambil keterangan daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak wajar untuk seseorang yang dipanggil untuk memberi keterangan, membuat kesimpulan sendiri ketika siasatan masih berjalan.

“Tidak wajar untuk individu yang dipanggil untuk memberi keterangan, membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka dipanggil sebagai saksi ataupun suspek,” katanya.

Azam menjelaskan, menurut Seksyen 30(1)(a), Akta SPRM 2009, seseorang pegawai Suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah akta berkenaan, boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan.

“Ia berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

“Mereka juga harus menunggu sehingga siasatan selesai sebelum memberi komen mengenai siasatan oleh penguat kuasa,” katanya.

SPRM hari ini mengesahkan, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) adalah antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.

Sumber SPRM berkata, dalam siasatan SPRM, Muhyiddin adalah suspek siasatan ketika beliau dipanggil memberi keterangan di SPRM.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles