fbpx

Polis buru individu menyamar TMJ

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan suspek mengaku sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta bayaran tertentu bagi urusan perniagaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan polis dibuat Media Istana Johor berhubung satu tangkap layar yang menunjukkan mesej pihak tidak bertanggungjawab itu, menggunakan akaun Instagram TMJ atas nama ‘hrhcrownprinceofjohor’.

“Polis menerima laporan pada jam 2.35 petang tadi berkenaan satu tangkap layar Instagram, yang menggunakan akaun Tunku Ismail, memaparkan mesej pihak berkenaan yang mengaku sebagai TMJ.

“Mesej berkenaan didakwa dihantar ke beberapa pihak untuk meminta sejumlah bayaran bagi urusan perniagaan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek menyamar sebagai TMJ dengan mengubah suai tangkap layar berkenaan untuk berkomunikasi dengan mangsa.

“Suspek mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram TMJ supaya mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail,” katanya.

Kumar berkata, setakat ini, sebanyak lapan syarikat ada menerima mesej berkenaan dan ada yang terpedaya serta memasukkan sejumlah wang ke akaun seperti diarahkan oleh pihak terbabit, kononnya untuk mendapatkan projek yang ditawarkan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (penyamaran) yang mana boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles