fbpx

Tiga remaja didakwa rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun

JEMPOL – Tiga remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun, Januari lalu.

Kesemua mereka masing-masing berusia 14, 16 dan 17 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu, didakwa merogol mangsa di antara jam 3 pagi hingga 1 tengah hari pada 29 Januari lalu.

Manakala, remaja berusia 14 dan 17 tahun pula dituduh secara bersama, merogol kanak-kanak itu kira-kira jam 11.30 malam pada 28 Januari lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik hotel di Bahau.

Tertuduh yang berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala, dua lagi remaja dituduh secara bersama mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dihukum penjara di antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Baharudin Bam Bam, manakala dua tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk P M Nagarajan, manakala seorang lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles