fbpx

Bantuan khas Aidilfiti RM700 kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

“Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya.

Sementara itu, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus, iaitu maksimum 90 hari.

Beliau berkata, penjawat awam perlu segera membawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles