fbpx

Lebih 100 gerai di R&R PLUS sedia menu Rahmah

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan Menu Rahmah di lebih 100 gerai makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) menjelang pertengahan bulan depan.

Syarikat itu memaklumkan, fasa pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti di R&R PLUS sudah mula ditawarkan sejak 23 Februari, iaitu di beberapa kawasan termasuk di hentian sebelah wilayah tengah rangkaian lebuh raya PLUS.

“Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang serta makan malam, antara 7 petang hingga 9 malam,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut PLUS, sebagai permulaan, sebanyak lapan R&R dan enam hentian mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna.

Antaranya, R&R Tapah (arah utara dan selatan), R&R Ulu Bernam (arah selatan), R&R Rawang (arah utara) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Selain itu, R&R Seremban (arah utara), R&R Dengkil (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Serdang (arah utara dan selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (arah utara dan selatan).

PLUS dalam kenyataan turut memaklumkan, bagi fasa kedua, ia melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di wilayah utara yang dijangka dilaksanakan sebelum Khamis minggu ini.

“Bagi fasa ketiga pula, ia melibatkan wilayah selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual dilaksanakan sebelum Khamis minggu depan,” kata syarikat itu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles