fbpx

Didakwa berdepan masalah, Zul Yahya dilihat berjalan kaki lebih 4 jam

KUALA LUMPUR: Pelakon drama bersiri adiwira Pepaya, Zul Yahya, 52, yang dilapor sedang berdepan masalah dilihat muncul secara langsung menerusi akaun TikTok, jam 2 pagi tadi.

Beberapa pelayar sempat menyaksikan sesi langsung itu berkata, mereka tidak nampak apa-apa yang pelik, sebaliknya Zul kelihatan baik-baik sahaja.

“Saudara Zul sedang live di TikTok, saya tengok elok jer dia,” komen seorang pelayar.

Sementara itu, seorang lagi pelayar berkata, Zul kelihatan baik sahaja mungkin netizen yang tidak okay.

“Baru je end live, biasalah cari ketenangan berjalan. Dia cakap yang Allah beri peringatan. Semua okay je,” komen seorang lagi pelayar.

Semalam, seorang pemilik akaun TikTok mendakwa, Zul kini berhadapan masalah dan memerlukan bantuan sebagaimana paparan video menunjukkannya sedang berjalan.

Difahamkan, pelakon itu mula berjalan dari jam 4 pagi sehingga 8.30 pagi.

Justeru, pemilik akaun itu meminta mereka yang terjumpa dengan Zul agar dapat menghulurkan bantuan kepada pelakon yang dipercayai menghadapi masalah keluarga.

BH Online cuba menghubungi pelakon itu, namun panggilan telefon tidak dijawab.

Sejak beberapa tahun lalu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya juga dilihat lantang bersuara dan sering berkongsi pandangannya terhadap pelbagai isu semasa di platform media sosial.

Zul bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya yang tiga daripadanya adalah perempuan.

Zul berasal dari Sungai Petani, Kedah difahamkan pernah mengusahakan restoran di Seksyen 13, Shah Alam pada 2005 dan kini mengusahakan restoran di Ipoh, Perak. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles