fbpx

Enggan cerai Puteri Sarah: Mahkamah arah Puteri Sarah, Syamsul dirujuk kepada JKP

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, masih belum bernoktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu dilaporkan berkata tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.

Puteri Sarah menegaskan keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah, masing-masing berusia lima dan tiga tahun. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles