fbpx

Minggu Kraf London: 14 kraftangan warisan Malaysia bakal dipamer

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kraftangan daripada Malaysia bakal dipersembahkan di program pameran anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja sempena Minggu Kraf London 2023 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di 45, Belgrave Square, London dari 6 Mei hingga 14 Mei ini.

Antara kraf tersebut adalah Telepuk Terengganu oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah, anyaman pandan dari kaum Semelai, anyaman pandan Mahmeri, topi Sarawak dan anyaman tikar Sabah.

Pameran itu turut menampilkan demonstrasi pembuatan kraf daripada tujuh usahawan tempatan selain lima bengkel interaktif pembuatan kraf seperti ikat Iban, bunga Moyang, bakul Sarawak, Keringkam dan Manik.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah bertitah, pameran tersebut mermberi fokus kepada mengenalkan produk kraf tempatan iaitu barangan tradisional orang Melayu, Orang Asli, Sabah dan Sarawak.

“Tema pameran adalah penceritaan rakyat Malaysia melalui kraf kerana ini adalah warisan turun temurun daripada nenek moyang kita. Kita perlu memuliharanya supaya kekal untuk generasi pada masa akan datang,” titah baginda dalam sidang akhbar di Istana Negara, hari ini.

Baginda bertitah, pameran tersebut turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Luar Negeri dan Yayasan Al-Bukhary.

Pameran tersebut dijangka menerima sekitar 5,000 pengunjung iaitu melebihi tahun lalu yang berjaya merekodkan 3,000 pengunjung terdiri daripada individu kenamaan, pereka fesyen, pelajar dan pelbagai lagi.

Pameran tersebut bukan sahaja diadakan untuk memperkenal kraf warisan negara kepada pasaran antarabangsa tetapi jmembuka peluang perniagaan kepada pengusaha seperti berkaloborasi bersama pereka antarabangsa lalu sekali gus menjana pendapatan negara. – Sumber Utusan Malaysia Online UTUSAN

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles