fbpx

Operasi LRT di 6 stesen dihentikan mulai 2 April

PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn. Bhd. menghentikan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang-Sri Petaling bermula Ahad ini. 

Menurut kenyataannya, ia melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. 

Jelasnya, perkhidmatan itu dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lepas. 

“Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad in, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” kata kenyataan itu. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles