fbpx

Ziana Zain luah kesal blogger pusing cerita

KUALA LUMPUR: Penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain, 55, meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah blog yang memutar belit kenyataannya tentang tidak menyimpan dendam, malah memaafkan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58.

Kata Ziana, tindakan blogger berkenaan (tidak didedahkan identitinya), yang menukar kenyataan tersebut kepada berbaik semula dengan bekas suami telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, termasuk keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya takut, lain yang saya cakap, lain yang ditulis. Awal pagi keluarga hubungi saya, bertanyakan benarkah saya sudah berbaik semula (dengan bekas suami) seperti yang dilaporkan blogger berkenaan.

“Astagfirullahazim, macam mana boleh keluar cerita macam ini?

“Saya tak suka marah, tetapi laporan tidak benar seperti ini membuatkan saya kecewa dan sangat marah,” luahnya ketika ditemui pemberita dalam sidang media konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik Petronas, dekat sini, petang semalam.

Terdahulu, Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini baru-baru ini memaklumkan tidak menyimpan dendam terhadap bekas suami dan tidak pernah menghalang anak-anaknya berjumpa bapa mereka.

Bagaimanapun kenyataan tersebut telah diputar belit blogger tersebut sehingga menimbulkan salah faham dan persepsi bahawa penyanyi lagu Madah Berhelah itu sudah berbaik semula dengan Armin.

Mengulas lanjut, Ziana memohon agar kenyataannya tentang perkara itu tidak lagi diputar belit bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan terhadap keadaan sebenar.

“Jangan tulis perkara yang saya tak cerita. Saya ada anak, kalau mereka tanya (tentang perkara itu), saya nak jawab apa?

“Jangan pusing cerita. Apa yang boleh saya katakan, keadaan saya sekarang, Alhamdulillah,” tambahnya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles