fbpx

PM dan isteri ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya

Anwar (kanan) bersama isteri, Wan Azizah ketika menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin di Hospital Putrajaya – Gambar Kosmo Online

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, Tuanku Syed Sirajuddin baru sahaja menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada 1 April lalu.

“Saya mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, inshaAllah,” ucap Anwar dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Turut hadir, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu, Istana Arau dalam kenyataan memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil dan pembedahan selesai tanpa sebarang masalah. – (Sumber KOSMO! Online).

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles