fbpx

Letupan besar Texas, 18,000 lembu mati

ASAP berkepul dari tempat kejadian South Fork Dairy di Dimmitt, Texas. – Gambar SUmber Utusan Malaysia Online

WASHINGTON: Kira-kira 18,000 lembu mati dalam satu letupan besar di ladang tenusu Texas awal minggu ini.

Mengulas lanjut, Azhari yang juga bekas panel pakar falak rujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pandangan IAC juga bukanlah pendirian sebenar kerajaan UAE.

Lapor BBC, letupan di South Fork Dairy berhampiran bandar Dimmitt turut menyebabkan seorang peladang berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa percaya bahawa jentera di kemudahan itu mungkin menyalakan gas metana.

Dilaporkan, hampir tiga juta haiwan ternakan mati dalam kebakaran di seluruh AS antara 2018 dan 2021.

Pejabat Syerif Daerah Castro berkata, mereka menerima laporan mengenai kebakaran di ladang itu pada kira-kira 7:21 malam pada Isnin lalu. (waktu tempatan).

Apabila polis dan anggota kecemasan tiba di tempat kejadian, mereka mendapati seorang peladang terperangkap yang terpaksa diselamatkan dan diterbangkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Walaupun angka sebenar lembu yang mati akibat kebakaran dan asap masih tidak diketahui, Pejabat Syerif memberitahu BBC bahawa anggaran setakat ini adalah 18,000 ekor lembu hilang.

Bercakap kepada akhbar tempatan KFDA, Syerif Sal Rivera berkata, kebanyakan lembu itu hilang selepas api merebak ke kawasan di mana lembu dipelihara sebelum ke kawasan pemerah susu dan kemudian ke kandang.

“Ada beberapa lembu yang terselamat. Ada beberapa lembu yang mungkin cedera sehingga mereka perlu dimusnahkan,” ujarnya.

Rivera memberitahu KFDA bahawa penyiasat percaya kebakaran mungkin bermula daripada mesin yang menyedut keluar baja dan air.

“Mungkin (ia) menjadi terlalu panas dan mungkin juga metana menyala dan meletup,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada BBC, Institut Kebajikan Haiwan yang berpangkalan di Washington DC berkata, jika disahkan, angka 18,000 ekor lembu yang mati itu disifatkan kebakaran kandang paling maut membabitkan lembu sejak statistik direkodkan pada 2013. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles