fbpx

Teknologi AI bantu orang buta, cacat penglihatan melihat

Teknologi Ai kini berkembang dengan pesatnya tidak hanya membantu dalam penulisan dan pembangunan imej. Kini teknologi ini bergerak lebih maju lagi dengan membantu kehidupan sehari-harian. Cermin mata pintar yang di reka menggunakan teknologi AI ini mampu membantu orang buta atau cacat penglihatan lebih memahami persekitaran mereka. Menggunakan kamera kecil di sisi, cermin mata ini boleh mengimbas objek, orang dan teks, kemudian menyampaikan maklumat tersebut melalui audio yang terbina. Bayangkan jika orang yang cacat penglihatan dengan adanya teknologi baharu ini membantu mereka sebagai pembantu peribadi yang menerangakan jika ada seseorang menghampiri, misalnya menerangkan perkara yang ada di dalam bilik.

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Envision dan beroperasi di eropah telah menemui teknologi cermin mata pintar untuk pengguna yang buta dan cacat penglihatan. Envision menyasarkan dua billion pengguna di serata dunia yang mengalami masalah cacat penglihatan untuk memahami keadaan sekelilimg dengan lebih baik.

Cermin mata pintar Envision membantu dalam menerangkan suasana persekitaran kapada pemakainya. – designboom

Cermin mata pintar dengan kecederasan pengimbasan maklumat dan imej yang dilihat di tafsirkan dalam bentuk suara kepada pemakai. Mempunyai lebih 60 bahasa berbeza dengan kamera 8mp cermin mata pintar ini mampu membaca teks digital dan tulisan tangan dari mana-mana permukaan seperti buku, surat, label, smartphone dan mengubahnya menjadi pertuturan. Selain itu peranti ini  juga boleh memberikan penerangan terperinci tentang pemandangan luar. Peranti ini juga di bangunkan untuk membuat panggilan video. Ciri tambahan yang lain termasuk pengesanan warna, pengesanan cahaya, pengecaman objek dan pengecaman muka  ia bertujuan membantu pengguna memilih warna, pakaian dan sebagainya  untuk disesuaikan.

Seperti peranti yang lain cermin mata Envision ini sentiasa dikemas kini dengan ciri dan fungsi baharu melalui analisis data pengguna dan maklum balas  daripada seluruh pengguna. Selain cermin mata pintar, perisian pengecaman visual Envision juga tersedia sebagai Apl iOS dan Android.

orang buta melihat
Membantu pemakai untuk menyesuaikan pakaian, warna dan gaya. – designboom

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles