fbpx

Hantaran status di IG, status rumahtangga Zulin Aziz timbul tandatanya

KUALA LUMPUR : Hantaran dikongsi pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, di Instagram (IG), pagi tadi, menimbulkan tanda tanya peminat.

Melalui perkongsian itu, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz meluahkan:

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya.

Entri dimuat naik Zulin di Instagram (IG), pagi tadi, mencetuskan spekulasi peminat terhadap hubungannya dengan suami. Foto IG Zulin Aziz
Hantaran di IG Zulin Aziz timbul tanda tanya peminat – Sumber Berita Harian Online

Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin bersama suami, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari tahun lalu.

Tindakan itu seolah-olah memberi bayangan berlaku sesuatu dalam hubungan rumah tangganya.

Semakan BH Online juga mendapati Zulin sudah memadam semua foto bersama Farhan dalam akaun media sosial berkenaan.

Pada ruangan komen, ramai peminat memberi maklum balas terkejut dengan entri dimuat naik Zulin berikutan selama ini, Zulin dan Farhan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka bermasalah.

Sebelum ini, Zulin mendedahkan mengalami keguguran, akhir tahun lalu, melalui siaran langsung TikTok.

BH Online masih berusaha untuk mendapatkan komen Zulin mengenai perkara itu. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles