fbpx

Isu pasu pecah, masih dalam perbincangan – Datuk Aliff Syukri

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu pasu pecah melibatkan pelakon, Yana Samsudin, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal memberi penjelasan merungkaikan kemelut tersebut hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Aliff berkata, dia memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu memandangkan pihaknya dan Yana masih lagi dalam proses perbincangan berhubung isu tersebut.

“Saya memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu daripada memberi kenyataan. Saya faham ramai amat prihatin terhadap isu video yang viral antara saya dan Yana Samsudin.

“Pihak saya dan dia masih lagi dalam proses perbincangan. Kenyataan penuh akan saya berikan hari ini di semua platform sosial media saya. Diharapkan agar semua dapat bersabar,” katanya.

Dalam video yang tular semalam itu, Yana dikatakan terpecahkan pasu hiasan berharga hampir RM400,000 milik Aliff ketika terlibat dalam satu rakaman program raya.

Gara-gara itu, Aliff dan suami Yana, Fadzil Zahari bergaduh sehingga hampir bertumbuk.

Dalam pada itu, Yana dan Fadzil sehingga kini tidak dapat dihubungi serta mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung video yang tular itu. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles