fbpx

Selangor FC menang besar atasi Terengganu FC

Pemain Selangor FC ceria meraikan jaringan Ayron del Valle

PETALING JAYA: Ketika aksi sengit dijangka dihidangkan namun sebaliknya berlaku apabila Selangor FC (SFC) mudah ‘meratah’ Terengganu FC (TFC) 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut buat The Red Giants itu membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan di tangga kedua selain menyekat lawan yang sebelum ini cemerlang dengan hatrik kemenangan.

Pada aksi terbabit, TFC bermula garang dengan beberapa kali ‘menceroboh’ kawasan SFC dan mendominasi 15 minit pertama perlawanan.

Hanya palang menjadi pemisah daripada TFC membuka jaringan apabila skuad Penyu hanya mampu menyaksikan sepakan percuma Jordan Mintah hinggap di palang pada minit ke-11.

Selepas membenarkan TFC mengasak bertalu-talu, SFC bangkit dari ‘tidur’ dan bagaikan anak panah meluncur dari busur, tuan rumah beroleh gol pertama menerusi penyudah Ayron del Valle pada minit ke-17.

Belum sempat TFC selesai ‘terkejut’ dengan gol pertama, SFC datang lagi dengan gol kedua empat minit berselang, kali ini menerusi Faisal Halim yang memilih untuk tidak meraikan jaringan menentang bekas pasukannya itu.

Dua gol berada dalam tangan, SFC seakan tidak mahu memberikan peluang buat TFC bangkit apabila menyumbat gol ketiga hasil jaringan Harith Haiqal pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, gandingan pemain gantian TFC menjelmakan gol selepas hantaran lintang Syafik Ismail ditanduk Ivan Mamut pada minit ke-60 untuk mengurangkan defisit kepada 3-1.

SFC bagaimanapun kembali menikmati kelebihan tiga gol apabila merobek gawang TFC buat kali keempat menerusi Del Valle yang menyumbat gol kedua peribadinya pada minit ke-70.

Penyokong SFC di Stadium MBPJ dan di depan kaca televisyen bagaikan ‘berhari raya’ lebih awal apabila menjadi saksi Aliff Haiqal Lau mengubah kedudukan kepada 5-1 ketika masa sebenar berbaki enam minit. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles