fbpx

Harimau Muda akhiri cabaran Sukan SEA Kemboja 2023

Pemain Malaysia mengapit pemain Vietnam dalam perlawanan menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam (Gambar sumber FAM Online)

PHNOM PENH: Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara ‘bungkus awal’ dalam acara bola sepak Sukan SEA Kemboja 2023 apabila tewas 1-2 kepada juara bertahan, Vietnam dalam aksi Kumpulan B di Stadium Prince, sebentar tadi.

Ulangan pencapaian pada edisi 2019 itu turut menyaksikan ‘Harimau Muda’ tidak mencapai sasaran layak ke final yang diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Skuad kendalian E Elavarasan yang turun dengan misi wajib menang berdepan detik kurang baik pada awal permainan apabila Vietnam diberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Harith Haiqal Adam Afkar.

Penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman berjaya menampan sepakan penalti Nguyen Van Tung, namun penyerang Vietnam itu tetap berjaya melakukan tindakan susulan untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ketujuh.

Jaringan itu bagaimanapun tidak membunuh semangat pemain Harimau Muda untuk bangkit dan usaha mereka berhasil apabila Aiman Afif Md Afizul berjaya meledak gol pertama negara selepas penjaga gol Vietnam, Quan Van Chuan gagal menangkap kemas bola sepak percuma Alif Izwan Yuslan ketika aksi babak pertama berbaki dua minit.

Ketika skuad negara cuba bangkit dengan menampilkan aksi lebih baik sepanjang babak kedua, malang sekali lagi menimpa mereka apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Safwan Mazlan dilayangkan kad merah pada minit ke-79 sebelum nasib sama turut menimpa Najmudin Akmal Kamal Akmal, tiga minit kemudian.

Insiden itu dilihat seakan menutup terus peluang anak buah Elavarasan untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata dan menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata selepas tiga perlawanan dan akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Singapura di gelanggang sama, Khamis ini. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles