fbpx

Brighton tewaskan Manchester United

Bruno Fernandes dan Victor kelihatan sugul selepas kekalahan dengan Brighton

BRIGHTON: Brighton melunaskan dendam ke atas Manchester United apabila melakar kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Pemain tengah, Alexis Mac Allister muncul wira apabila meledak gol kemenangan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-99 sekali gus menjejaskan peluang United untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Terdahulu, Brighton dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan United, Luke Shaw dalam kotak penalti sekali gus membuka peluang untuk pasukan itu mengutip tiga mata.

Keputusan berkenaan menyaksikan Brighton melengkapkan kemenangan mereka ke atas United selepas turut menewaskan skuad bimbingan Erik ten Hag itu dalam perlawanan pertama liga musim ini.

Bagaimanapun, Seagulls tewas di tangan The Red Devils menerusi penentuan penalti pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, bulan lalu.

United kekal di tangga keempat, kedudukan terakhir bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara, empat mata di depan penghuni tangga kelima, Liverpool dengan berbaki satu perlawanan di tangan manakala Brighton di tangga keenam.

“Ada Tuhan dalam bola sepak,” kata pengurus Brighton, Roberto De Zerbi.

“Kami berhak untuk memenangi perlawanan separuh akhir tetapi tewas menerusi penentuan penalti tetapi hari ini kami menang menerusi penalti. Saya fikir kami bermain lebih baik berbanding United dalam kedua-dua perlawanan.”

Sementara itu, Ten Hag mengakui ketumpulan penyudah dalam pasukannya menjadi punca kekalahan berkenaan tetapi menegaskan nasib United akan ditentukan mereka sendiri.

“Kami perlu menyudahkan setiap peluang, lebih tajam dan tidak melakukan kesilapan seperti yang kami lakukan pada minit-minit akhir.

“Semuanya bergantung kepada kami sendiri dan kami perlu bangkit semula. Kami perlu jadikan perlawanan hari ini sebagai iktibar dan kami perlu bergerak ke hadapan,” katanya. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles