fbpx

Bahaya Strok Haba

Keadaan cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan strok haba

KUALA LUMPUR: Punca kematian dua kanak-kanak masing-masing berumur 11 tahun dan setahun tujuh bulan dipercayai akibat strok haba sedang disiasat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Apa itu strok haba?

Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi berbanding suhu badan individu normal hanya 37 darjah celcius.

Menurut ciapan Dr Samhan di Twitter, kondisi itu dikenali sebagai hipertermia.

Strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada manusia tetapi juga kepada haiwan

Golongan yang berisiko terkena strok haba ialah kanak-kanak, warga emas terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.

Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari

Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, seperti petani, nelayan atau buruh kasar.

Perbezaan keletihan dah strok haba

Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

Gejala strok haba:

Suhu badan meningkat sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi

️Peluh keluar banyak

️Muka berubah merah

️Sakit kepala

️Mual-mual

️Muntah-muntah

️Rasa haus yang berlebihan

️Air kencing berwarna keruh

Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut

️Jantung berdegup dengan lebih kencang

️Ruam merah timbul pada kulit

️Pengsan atau tidak sedarkan diri

Cara ibu bapa elak anak terkena strok haba

✅ Pastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak

Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas

Elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut

✅Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles