fbpx

Upin Ipin Musim 1, Bukti Strategi Marketing Terbaik Les’ Copaque

Hasil Tulisan : Iqmal Azri

Sudah 17 tahun Upin & Ipin bersiar, dan ia masih lagi relevan hingga ke hari ini. Macam mana ya siri kanak-kanak ini boleh mendapat prestij yang sangat tinggi di dalam dan luar negara? Malah menjadi ikon negara kepada negara jiran. Apa kata kita belajar kejayaan siri Upin & Ipin ini dari akarnya, bermula dari musim pertama, pada tahun 2007.

Mari kita bincangkan apa yang membentuk Upin & Ipin dan keputusan yang Les’ Copaque lakukan.

1 – Be at the right time, at the right moment

Walaupun Upin & Ipin ini merupakan animasi pendek kanak-kanak sahaja, tetapi marketing disebaliknya adalah sangat matang dan bijak. Banyak yang kita boleh belajar daripada musim pertama Upin & Ipin. Siri ini kenal siapa penontonnya dan dimana mereka berada.

Sesuai untuk tontonan seisi keluarga

Apa yang boleh kita belajar dari Upin & Ipin musim pertama:

  • Tema yang sesuai dengan musim – 

Siri yang bertemakan perpuasa ditayangkan pada khususnya bulan Ramadan

  • Format yang sesuai dengan khalayak sasaran

Durasi 5 minit sahaja, pendek dan mudah dihadam kanak-kanak

  • Slot waktu yang optimum

Ditayangkan pada pukul 7, sebelum berbuka (prime time)

  • Watak yang relatable buat penonton

Watak utama adalah kanak-kanak dan berlatarkan di Malaysia

Contoh: Siri kartun bertajuk ‘Phineas and Ferb’ dari Disney juga mendapat manfaat yang sama apabila iklan untuk kartun itu ditayangkan sewaktu dengan filem hangat Disney ‘High School Musical’. Lalu sekaligus mendapat ramai penonton. Semua remaja yang  tergila-gilakan ‘High School Musical’ pada waktu itu kenal ‘Phineas and Ferb’.

2 – Menyambut peluang yang dibuat sendiri

Semua orang tahu apa itu Upin & Ipin, tapi ramai tidak tahu yang Upin & Ipin sebenarnya cumalah spin-off bagi filem animasi ‘Geng: Pengembaraan Bermula’. Ya, Upin & Ipin asalnya bukan siri tetap, ia dicipta semata-mata untuk test market di Malaysia dan direka khususnya sebagai rancangan bulan Ramadan sahaja seperti drama ‘Ramadan Terakhir’, ‘Syurgamu Ramadan’ dan rancangan bermusim yang lain.

Caption: Seakan-akan bunga merah ini, menonjol di kalangan bunga kuning

Apa yang membezakan Upin & Ipin dengan rancangan bermusim yang lain:

  • Disambut baik disebabkan marketing yang bagus

Marketing mengena sasaran dari pelbagai aspek

  • Dunia cerita berpotensi untuk dikembangkan

Kisah tidak terikat pada bulan Ramadan, dan boleh diterokai dunianya lebih jauh

  • Unik dan animasi 3D yang stabil

Satu-satunya animasi 3D dikelilingi lakonan realiti pada bulan Ramadan menjadikan ia unik dan menonjol

  • Mensasarkan market yang niche

Apabila rancangan lain mensasarkan remaja-dewasa, Les’ Copaque mensasarkan kanak-kanak

Contoh: Siri Mak Cun juga mendapat permulaan yang sama seperti Upin dan Ipin, sekadar telefilem raya yang berjudul ‘Spain Uolls’. Sekarang menjadi siri Mak Cun yang diminati ramai kerana personaliti watak utamanya yang sangat menarik dan setting latar belakang yang relatable. Tak dilupakan juga menarik penonton niche, dewasa pertengahan umur dan peniaga-peniaga persendirian.

3 – ‘Upin &Ipin dan Kawan-kawan’ menembusi pasaran antarabangsa

Kelebihan yang ada pada Malaysia ialah budaya dan bahasa yang serupa serantau nusantara. Setting di perkampungan seperti dalam Upin & Ipin ini menyerupai sebahagian penduduk di Indonesia yang membuatkan ia sangat popular di sana. Tak dilupakan juga pelbagai perubahan yang dilakukan supaya boleh dipasarkan ke luar negara.

Karakter Susanti yang menjadi muka Indonesia di dalam siri selanjutnya

  • Tidak mengambil masa yang lama

Pada 2009, dua tahun selepas penyiaran musim 1, Les’ Copaque membuat perjanjian dengan MNCTV untuk disiarkan di TV Indonesia.

  • Menukar tema kepada yang lebih mudah diterima

Bermula musim ketiga, tema keislaman ditukar kepada sejagat, supaya boleh diterima ramai dan boleh dipasarkan ke luar negara, tidak terhad pada timur tengah.

  • Menambah watak-watak baru

Bermula musim kedua, Upin & Ipin memperkenalkan watak-watak baharu pelbagai kaum dan latar belakang.

Contoh: ‘No Straight Road’ game video dari Metronomik, syarikat video game Malaysia, mengisi suasana dunia maya mereka dengan budaya Malaysia. Mereka juga menyuarakan watak dengan bahasa Inggeris berloghat Malaysia, menjadikan ia unik sepertimana loghat watak dalam ‘Black Panther’. Walaupun tidak mendapat status yang tinggi, NSR berjaya menawan hati ramai, sehingga mendapat fans yang teguh di luar negara.

Pergh, habis selidik fasal Upin & Ipin ini, penulis jadi makin kagum dengan tindakan yang diambil Les’ Copaque untuk jayakan projek ini. Kini, siri ini telah banyak berkolaborasi dengan negara luar mahupun dalam dan menghidupkan pasaran animasi 3D di Malaysia sebagai tunjangnya. (SUMBER: Facebook – Upin & Ipin)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles