Syafiq Yusof berdebar tunggu respon Polis Evo 3

Polis Evo 3, Syafiq Yusof, Asto Shaw
Syafiq Yusof bersama barisan pelakon Polis Evo 3 – Sumber Gambar Utusan Malaysia Online

TERPILIH mengemudi dan mengarahkan filem Polis Evo 3 ternyata mendatangkan tekanan buat pengarah muda, Syafiq Yusof yang tidak pernah menjangka sama sekali diberikan peluang berharga tersebut.

Apatah lagi, filem aksi blockbuster itu mencatatkan pencapaian memberangsangkan sehingga berjaya meraih kutipan RM18 juta bagi Polis Evo (2015) dan RM25 juta bagi Polis Evo 2 (2018).

Sudah tentu, katanya, terbit kerisauan sekiranya penonton akan membanding bezakan jalan cerita, pengarahan dan visual aksi yang dipaparkan dengan musim terdahulu.

“Saya sendiri adalah peminat filem Polis Evo 1 dan 2. Bila musim ketiga akan keluar, saya sudah jangka pihak Astro Shaw akan memanggil pengarah lain.

“Tiba-tiba saya dapat panggilan dan sangat terkejut serta terharu diberikan kepercayaan ini. Dalam masa sama, sudah pasti ada tekanan juga sebab perlu pastikan dapat buat yang terbaik,” katanya semasa sidang akhbar pelancaran filem tersebut, baru-baru ini.

Untuk rekod, filem Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, manakala Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew.

Bagi memastikan naskhah yang akan ditayangkan di pawagam bermula 25 Mei depan mencapai standard, Syafiq berkata, dia mengambil pendekatan dengan menonton berkali-kali Polis Evo terdahulu.

“Saya nak selami cerita dunia Polis Evo ini dan ingin merakam babak paling terbaik.

“Kalau musim satu saya suka dengan elemen komedinya, musim kedua pula sarat dengan aksi dan drama yang berat. Jadi, musim ketiga ini saya gabungkan kedua-dua elemen tersebut,” jelasnya.

ELAK KONTROVERSI

Jika filem Polis Evo 2 pernah terpalit dengan kontroversi apabila naskhah tersebut dikatakan mengaitkan Islam dengan pengganas, Syafiq berkata, filem sentuhannya sama sekali tidak akan mencetuskan sebarang isu.

“Kalau musim pertama penjahatnya adalah penjual dadah, musim kedua pula memaparkan pengganas.

“Musim ketiga pula menceritakan penjahatnya adalah bekas anggota polis yang ingin balas dendam pada anggota polis lain. Skripnya sangat menarik.

“Saya rasa belum pernah filem di Malaysia mempunyai skrip seperti ini. Alhamdulillah, tiada sebarang potongan dan filem ini diklasifikasikan sebagai PG13,” katanya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles