fbpx

PAS Selangor tutup mulut KJ, Shahidan bertanding PRN Selangor

Shahidan Kassim disebut bakal calon PRN Selangor Jun nanti

SHAH ALAM – Pas Selangor tutup mulut berkenaan desas-desus bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka Jun ini.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Pas Selangor tiada maklumat dan tidak dimaklumkan berkenaan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, Pas terbuka menerima pemimpin berwibawa dan kompeten untuk bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dalam misi menawan Selangor.

“Pas sendiri telah menyediakan calon-calon berkelayakan untuk mendepani gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Khairy Jamaluddin turut disebut bakal bertanding di PRN Selangor Jun nanti

“Pas Selangor tidak tahu KJ (Khairy Jamaluddin ) dan DSSK (Shahidan) akan bertanding di Selangor namun terbuka dan mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak yg boleh bawa kemenangan buat PN di Selangor, ” katanya ringkas pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan mengaitkan dua nama besar itu akan bertanding atas tiket PN di Selangor.

Sebelum ini Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menyatakan kesediaan untuk bertanding di Selangor dalam misi membantu PN menawan negeri itu.

PN menyasarkan untuk menawan tiga negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Shahidan dikatakan antara calon yang akan diketengahkan dalam PRN Selangor dan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Sementara itu, KJ dikatakan bakal bertanding di salah satu kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Sungai Buloh, sekiranya beliau menerima tawaran Bersatu untuk menyertai parti tersebut sebelum PRN. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles