fbpx

Airbnb pilih Neelofa selebriti pertama sebagai hos

Neelofa teruja dilantik sebagai hos bersama dengan syarikat Airbnb

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Neelofa teruja apabila terpilih sebagai selebriti pertama tempatan yang dilantik sebagai hos bersama syarikat antarabangsa, Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Neelofa, 34, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pemilihannya sebagai co-host Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi hos bersama pada kempen yang diblancarkan Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan menggalakkan akan diteruskan di tempat pula.

“Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka mengembara.

“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi hos bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.

Sementara itu, suami Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata, dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka.

“Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya.

Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingga tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu menawarkan harga istimewa. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles