fbpx

RM13 juta kes kerugian akibat Macau Scam di Kelantan

Kelantan merekodkan 417 kes dengan kerugian lebih RM13 juta akibat Macau Scam – Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan merekodkan sebanyak 417 kes dengan kerugian lebih RM13 juta melibatkan penipuan sindiket Macau Scam dan pembelian secara dalam talian dalam tempoh lima bulan pada tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penipuan Macau Scam masih berlaku masih berlaku dalam kalangan masyarakat di negeri ini meskipun pelbagai pesanan sudah diuar-uarkan oleh pihak polis sebelum ini.

Menurutnya, polis sentiasa menjalankan siasatan mengenai setiap kes yang diterima sehingga ke akar umbi selepas menerima laporan daripada mangsa.

“Sindiket Macau Scam menggunakan banyak kaedah untuk memerangkap mangsa menerusi panggilan telefon. Ada yang memaklumkan bahawa mangsa tidak membayar bil air, insurans dan pelbagai cara untuk menipu mangsa.

“Taktik itu dilakukan untuk menakut-nakutkan mangsa sehingga mereka mendedahkan maklumat peribadi sekali gus wang simpanan di dalam bank hilang,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati, penipuan kes Macau Scam boleh berlaku kepada semua peringkat usia terutamanya warga emas dan golongan profesional yang dilihat banyak menjadi mangsa.

Menurutnya, siasatan mendapati, ada mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 dalam satu-satu masa. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles