fbpx

Pempengaruh media social, Jofliam diiktiraf cef piza di Itali

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Jofliam menjadi individu pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai cef piza oleh Organisasi Piza Napoli (APN) di Itali.

Perkara itu dikongsi di TikTok isterinya yang juga merupakan pempengaruh media sosial, Cik Epal.

Pengiktirafan diterima Jofliam di Itali

Menurut perkongsian itu, penglibatan Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 35, dalam membuat piza bermula dengan sekadar hobi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sangat susah Italian (orang Itali) nak bawa bendera negara lain, tetapi Salva sanggup demi Jofliam.

“50 pasukan dari seluruh Itali termasuk Amerika Syarikat dan satu pasukan mewakili Malaysia. Dari hobi suka-suka kini Jofliam sah ‘certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo,” katanya.

Menurut Cik Epal, pasukan Jofliam mendapat tempat empat teratas daripada 50 pasukan yang bertanding pada acara Tutto Pizza di Napoli baru-baru ini.

Terdahulu, Jofliam yang juga merupakan ahli perniagaan itu aktif menjual piza daging wagyu yang dibuat sendiri di kediamannya.

Tinjauan di ruang komen rata-rata pengguna memuji pencapaian pasukan tersebut.

“Tahniah! Jofliam dah buktikan dia buat piza antara yang terbaik. Ini baru betul, dapat pengiktirafan dari negara luar. Tak gentar dek kecaman,” kata Zuwaa.

“Kagum dengan keluarga ini. Si suami pergi mana-mana bawa isteri, isteri penyokong hebat. Tak dapat raih juara tetapi juara di mata hati yang melihat,” kata Miztipah.

“Terbaik dan tahniah, walaupun saya belum mampu nak merasa piza anda tapi saya berharap ada rezeki merasanya satu hari nanti,” kata Deqya. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles