fbpx

KL City tewaskan Terengganu FC untuk ke Final Piala FA

KUALA TERENGGANU: Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mara ke pentas final Piala FA selepas membenam finalis musim lalu, Terengganu FC (TFC) menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedudukan hingga masa tambahan terikat tanpa jaringan pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak bakal membuat perhitungan sama ada dengan juara musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) ataupun Selangor FC yang akan beraksi pada malam esok.

Beraksi di depan 26,500 peminat setia, skuad Penyu hampir di depan menerusi percubaan penyerang importnya, Ivan Mamut ketika permainan baharu berlangsung 54 saat, namun Sony Norde gagal menyambar sebelum dikeluarkan pertahanan The City Boys.

Skuad Penyu mendapat peluang kedua menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti kapten, Habib Haroon yang hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol pelawat yang dikawal Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin.

Sepanjang babak pertama, skuad kendalian Bojan Hodak hanya memiliki dua percubaan tepat menerusi pemain tengah, Sebastian Avanzini pada minit kesembilan dan penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue pada minit ke-39 yang gagal menemui sasaran.

Pemaikn KL City ceria selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti

Pada minit ke-61, Tomislav Steinbruckner mengubah strategi dengan memasukkan dua tenaga baharu, Jordan Mintah dan Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim bagi menggantikan Mamut Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob bagi memburu gol pendahuluan, namun masih buntu.

Begitu juga pelawat membuat dua pertukaran dengan memasukkan dua penyerang, Romel Morales dan Sean Giannelli bagi menggantikan Kipre Tchetche dan T Saravanan, juga gagal menemui sentuhan jaringan dengan masing-masing kental bertahan.

Sedar masih gagal menemui jaringan, Steinbruckner memasukkan dua lagi tenaga baharu, Faiz Nasir dan Safwan Mazlan bagi menggantikan Adisak Kraisorn dan Argzim Redzovic.

Bagaimanapun, percaturan itu juga masih gagal memecah kebuntuan gol walaupun mendominasi permainan sehingga perlawanan berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum The City Boys melakar kemenangan 4-2 untuk melangkah ke pentas final.(Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles