fbpx

Mahkamah membenarkan penanguhan permohonan maaf, bayar ganti rugi Amelia Henderson

Petaling Jaya: Pelakon popular, Amelia Henderson, 28, mengharapkan keputusan terbaik akan dicapai pada 24 Oktober depan membabitkannya dengan A Aida Production Sdn Bhd selepas tempoh rayuan kepada Mahkamah Tinggi itu tamat.

Semalam, Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan mahkamah bersetuju untuk memberi pelaksanaan pergantungan kepada Amelia terhadap plaintif, A Aida Production Sdn Bhd.

Menerusi keputusan itu, pihak Amelia tidak perlu membuat permohonan maaf atau memadam video berkaitan A Aida Production Sdn Bhd sehingga keputusan rayuan penuh dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Oktober depan.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson ketika ditemui berkata, apa yang diinginkan sepanjang melalui proses undang-undang ini adalah semua pihak menerima keadilan.

“Sebab itu kita naik mahkamah kerana kita mengharapkan sistem perundangan untuk cari ‘point’ yang benar dalam apa-apa kes untuk dapatkan resolusi atau penyelesaian tepat untuk apa saja kes.

“Maka, apa-apa pun yang jadi pada 24 Oktober depan itu, saya sudah tentu akan menghormati mana-mana keputusan sebagaimana saya hormat keputusan mahkamah selama ini.

“Cuma, proses rayuan ini sebab selepas berbincang dengan peguam, saya rasa ini adalah tindakan tepat untuk ‘point’ saya,” katanya.

Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah - Sinar Plus
Amelia mengharapkan keputusan terbaik pada 24 Oktober selepas tamat tempoh rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Amelia berkata, selama kes saman itu berlangsung dan dia tidak memberikan sebarang kenyataan ketika ditemui media kerana menghormati urusan perbicaraan yang masih dijalankan.

“Ini rasanya sidang media pertama yang saya buat berhubung kes ini. Ia pun selepas mengambil kira pandangan daripada peguam saya kerana mereka yang lebih pakar. Saya tak boleh sesuka hati buat keputusan sendiri.

“Saya kena ikut prosedur ditetapkan kerana menghormati mahkamah. Apapun, selama melalui kes ini banyak pengajaran, banyak peringatan yang saya hadap terutama tak pernah terfikir langsung akan buat sidang media begini,” katanya.

Menurut Amelia, ada juga dia rasa trauma. Tapi pengajaran utamanya ialah apabila kita cuba sedaya-upaya untuk membuat kerja dengan ikhlas dan kita cuba menjadi manusia yang baik, semoga semua benda ini akan diselesaikan dengan paling baik.

Terdahulu, Hakim Zulqarnain Hassan ketika menyampaikan keputusannya dalam talian semalam berkata, mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A Aida menerusi syarikatnya A Aida Production Sdn Bhd

Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang itu dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili Amelia dan A Aida.

Pada 7 April lalu, Zulqarnain memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida menerusi syarikatnya kerana didapati melanggar kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram dan memadam video didakwa mengandungi kenyataan fitnah dibuat. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles