fbpx

Arab Saudi bida Piala Dunia: Megacity, bintang dunia jadi sandaran

SEJAK beberapa bulan lalu, kelab-kelab bola sepak Arab Saudi mencipta fenomena apabila membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk akal hanya untuk membawa bintang-bintang dunia beraksi dalam liga negara itu.

Kehadiran ‘superstar’ Portugal, Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr, Disember lalu dengan kontrak 173 juta pound (RM1.01 bilion) setahun telah membuka pintu kepada lebih ramai pemain ternama untuk datang ke Liga Pro.

Pada mulanya, ramai melihat Arab Saudi sebagai tempat ‘persaraan’ buat pemain-pemain yang sudah melewati kemuncak karier kerana Ronaldo sendiri sudah berusia 38 tahun.

Kehadiran Cristiano Ronaldo Disember lalu ibarat permulaan kebanjiran kedatangan pemain-pemain professional dunia yang lain

Begitupun, apabila seorang demi seorang pemain yang masih di prestasi terbaik menuju ke negara itu, liga-liga di Eropah mula merasa terancam, malah banyak pihak akhirnya sedar Arab Saudi tidak membeli pemain hanya untuk menumpang populariti mereka.

Ronaldo, Neymar, Sadio Mane, Aymeric Laporte, Riyad Mahrez, Karim Benzema, Roberto Firmino, Fabinho, Jordan Henderson, N’Golo Kante, Edouard Mendy, Alex Telles, Kalidou Koulibaly dan ramai lagi datang ke Arab Saudi untuk menaikkan kualiti liga domestik, seterusnya skuad kebangsaan negara itu.

Arab Saudi membelanjakan berbilion ringgit bukan sekadar untuk menaikkan Liga Pro, sebaliknya mereka mempunyai misi lebih besar dan hebat iaitu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Kehadiran bintang dunia mampu menjadi duta kepada misi mereka untuk menjadi negara Asia Barat kedua selepas Qatar menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.

Projek Megacity antara bukti kesungguhan Arab Saudi untuk menjadi penganjur Piala Dunia

Kesungguhan Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia tidak hanya ditunjukkan dengan pembelian beramai-ramai pemain bertaraf bintang, malah mereka membina projek luar biasa Megacity bernilai AS$1 trilion (RM4.65 trilion).

Pada 2017, Putera Mahkota ­Mohammed Salman melancarkan bandar Neom sebagai sebahagian Wawasan 2030 negara itu, dengan matlamat untuk disiapkan menje­lang akhir dekad.

Megacity bakal mempu­nyai pusat industri terapung dan bandar pelabuhan, selain pusat ­peranginan ski Trojena yang telah dianugerahkan Sukan Musim Sejuk Asia 2029, malah sebuah lapangan terbang akan dibina.

Putera Mohammad Salman turut melancarkan bandaraya Neom pada 2017

Pemimpin Arab Saudi mula mencari tokoh-tokoh senior bola sepak Eropah untuk meraih sokongan mereka, malah negara itu berharap untuk mengadakan kejohanan pada musim panas, dengan venue di ­altitud tinggi sebagai pilihan.

Bagaimanapun kejohanan musim sejuk juga tidak dike­tepikan dan ia boleh berlangsung antara November dan Disember, seperti yang dilakukan Qatar 2022.

Arab Saudi berharap mereka akan mendapat sokongan negara-negara Eropah selepas menarik diri untuk membida tuan rumah 2030 kerana percayaan bidaan Sepanyol, Portugal dan Maghribi mempunyai peluang lebih besar.

Bintang dunia, bandar Neom dan pelaburan ‘tidak masuk akal’ yang dikeluarkan Arab Saudi tidak akan sia-sia. Ramai menjangkakan mereka kini calon pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia 2034.

Kejayaan skuad negara itu melakar kemenangan sensasi 2-1 kepada Argentina, yang kemudian muncul juara Piala Dunia tahun lalu juga ­elemen yang meletakkan mereka sebagai calon cukup layak untuk me­nganjurkan kejohanan. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles