fbpx

Caj perkhidmatan kod QR tidak membebankan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata apa-apa caj bagi transaksi pembayaran menggunakan kod QR tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, perkara berkenaan sudah dibincangkan dengan Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, semalam.

“Itu saya sudah bincang dengan Gabenor semalam, mengikut beliau (Gabenor), penjelasan akan diberikan, tidak akan membebankan golongan bawahan,” katanya kepada media pada Pameran Postnormal Times di Kl Jazz & Art, di Wisma YPR, di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa-apa caj bagi transaksi pembayaran menggunakan kod QR tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah

Perdana Menteri ditanya mengenai pelaksanaan caj bagi pembayaran menggunakan platform kod QR Duitnow mulai 1 November ini.

Semalam, pengendali platform pembayaran melalui kod QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Mengulas mengenai sama ada caj penggunaan kos QR itu akan ditarik balik, Anwar menegaskan perkara itu bergantung kepada keputusan BNM.

Katanya, BNM yang bertanggungjawab berhubung perkara itu.

“Itu (tarik balik caj) keputusan BNM, jadi Bank Negara ada tugasnya, biar dia laksanakan tugasnya.

“Sekarang yang penting (caj) tidak akan membebankan golongan pendapatan rendah,” katanya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles