fbpx

Perkembangan sasaran menoktahkan miskin tegar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

BENTONG: Jumlah terkini keluarga miskin tegar akan diumumkan bila tiba masanya meskipun kerajaan menyasarkan untuk menoktahkan 130,000 keluarga miskin tegar sebelum hujung tahun ini yang hanya tinggal dua bulan lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya mempunyai formula dan mekanisme untuk menghapuskan miskin tegar, namun belum diumumkan setelah kerajaan mengumumkan hasrat itu menerusi Belanjawan 2023 pada awal tahun ini.

“Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa, daripada 130,000 orang, berapa sudah dikeluarkan? Ada kaedahnya.

“Kita tunggu dahulu apa mekanisme tegar yang akan diumumkan kerajaan, jika sebelum ini kita berjaya hapus semua miskin tegar keluarga Felda. Kita ada formula cuma tidak akan umum lagi,” katanya ketika ditemui pada Program Sembang Perpaduan di Kampung Hayat di sini semalam.

AHMAD Maslan berkata status miskin tegar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Beliau berkata, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dapat dikenal pasti oleh kerajaan untuk dibantu, namun kerajaan meletakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah.

Antara usaha kerajaan noktahkan kemiskinan melalui program diselaraskan menerusi dua pendekatan iaitu meningkatkan pendapatan rakyat miskin dengan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan mengurangkan beban kos sara hidup melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pada masa sama Ahmad berkata, kerajaan yakin untuk menghapuskan keluarga miskin tegar pada tahun ini setelah melihat kepada pelbagai usaha dilakukan bagi membawa keluar mereka daripada paras kemiskinan.

“Jika sebelum ini kita berjaya menghapuskan 112,000 miskin tegar dalam kalangan peneroka Felda, perkara sama akan berlaku kepada 130,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara. Kita tunggu dulu apa mekanisme yang akan diumumkan kerajaan,” katanya. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles