fbpx

Semoga kematian Qaseh Aulia mendapat keadilan sewajarnya – Keluarga

Kuala Lumpur: Keluarga bayi perempuan, Qaseh Aulia Faizul Ali yang meninggal dunia di sebuah taska di Petaling Jaya Selasa lalu, selepas mengalami sesak nafas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, hari ini.

Ibu bapa bayi berkenaan, Maisarah Rosli dan Faizul Ali Adam dalam satu kenyataan bersama memaklumkan kunjungan yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan Adun Meru, Mariam Abdul Rashid itu turut membincangkan beberapa isu.

Menurutnya, ia termasuk sokongan daripada Kerajaan Negeri serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan komitmen Anfaal untuk membantu apa juga yang diperlukan, termasuk khidmat kaunseling untuk mereka sekeluarga.

Keluarga Qaseh Aulia dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, Adun Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan Adun Meru, Mariam Abdul Rashid (Sumber Gambar Harian Metro Online)

“Kami sekeluarga sangat menghargai kehadiran wakil rakyat yang sudi menziarahi dan prihatin ke atas insiden yang menimpa bayi kami, Qaseh Aulia.

“Banyak isu dibincangkan sebentar tadi termasuk sokongan daripada Kerajaan Negeri serta JKM Selangor. Anfaal juga turut melahirkan harapan agar pihak berwajib dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya susulan kematian bayi kami,” katanya.

Kunjungan berkenaan turut disertai wakil daripada JKM Selangor.

Katanya, pada kunjungan itu, Anfaal turut merakamkan ucapan penghargaan kepada JKM yang mengambil tindakan segera dalam isu berkenaan iaitu dengan mengeluarkan notis sita (LAK) kepada taska terbabit mulai hari ini.

“Beliau turut melahirkan rasa sedih dan bersimpati dengan keluarga kami dan berharap agar tiada lagi kejadian sebegini berlaku kepada anak tidak berdosa.

“Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Semoga Aulia mendapat keadilan sewajarnya,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles