fbpx

Isu perkataan ‘celaka’ dalam lirik single Dia, Hael Husaini beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mempertahankan tindakan menyelitkan istilah ‘celaka’ dalam lirik single baharu berjudul Diam.

Hael berkata, mengikut kajian, istilah ‘celaka’ bukanlah kesat, sebaliknya, lebih bersifat positif. Tambahnya, perkataan itu kerap digunakan dalam penulisan berita terutama untuk menggambarkan sesuatu tragedi.

“Saya selalu kaji terlebih dahulu sebelum buat sesuatu terutama untuk menjaga sensitiviti. Saya sudah lama dalam bidang ini (penulisan lagu), jadi saya tahu batas.

“Mungkin istilah ‘celaka’ sedikit disalah gunakan dalam kehidupan harian kita. Kalau hendak ikutkan, kecelakaan atau celaka itu sama maksudnya dengan malang.

“Istilah sama dapat dilihat dalam penulisan berita atau karya yang menekankan keindahan bahasa. Saya guna perkataan itu untuk mengajak mereka di luar berfikir bahawa celaka itu bukanlah perkataan kesat.

Hael Husaini berkata stilah ‘celaka’ bukanlah kesat, sebaliknya, lebih bersifat positif. Tambahnya, perkataan itu kerap digunakan dalam penulisan berita terutama untuk menggambarkan sesuatu tragedi.

“Lagipun, saya hendak kaitkan istilah itu dengan nasib malang saya berjumpa dengan orang yang tidak sepatutnya, seperti lirik lagu itu,” katanya selepas melancarkan album solo berjudul Antonim (Part 1) di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Hael yang meledak menerusi lagu Jampi akur tidak semua orang faham niatnya itu..

“Bagi mereka yang mungkin anggap lagu ini sedikit kasar, saya mohon maaf. Saya sendiri tidak bagi keluarga dengar lagu ini kerana tidak mahu disalah anggap.

“Tidak mengapa, niat saya hanyalah untuk ubah industri muzik Malaysia supaya kita tak hadkan penggunaan bahasa dan tidak disalah gunakan,” katanya.

Melalui album Antonim (Part 1), Hael yang meraih trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada edisi ke-32 dan ke-33, bekerjasama dengan komposer ternama dan muda seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.

Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian Hael dan tayangan eksklusif video muzik lagu Usia yang bakal dilancarkan di Youtube Hael Husaini Official, Jumaat ini. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles