fbpx

Kos Haji Muassasah: B40 bayaran RM12,356, untuk M40 RM19,152

Kuala Lumpur: Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini pula meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.

Surat tawaran haji akan dikeluarkan kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1445H/2024M dan perlu menjawab dalam applikasi THiJARI dalam masa 11 hari

Katanya surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1445H/2024M akan dikeluarkan bermula hari ini.

Beliau berkata, bakal haji perlu menjawab surat tawaran terbabit dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

Pada masa sama, kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles