DEBARAN MAKIN DIRASAKAN….Sambutan Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2026 yang bakal berlangsung pada 26 September 2026 di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Bagi dua orang kakitangan Kementerian Kesihatan, mereka antara hadirin yang bakal memeriahkan sambutan tersebut.
Kehadiran mereka sebagai menyokong usaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan secara langsung mahu berinteraksi dengan komuniti pekak.
Bila ditanya mengenai sambutan tersebut, tanpa berselindung mereka menjawab: “Jumpa kami di sana pada 26 September.”
