SHAH ALAM – Sebuah akaun Titiktok yang menggunakan akaun @qayqay menjadi tular dengan ribuan ulasan pengguna internet sejak awal pagi tadi susulan pendedahan bagaimana bermulanya skandal seks melibatkan seorang pendakwah selebriti yang kini dalam tahanan reman sehingga Jumaat.
Dalam entrinya @qayqay mendakwa pelajar berumur 14 tahun dan pendakwah itu berkenalan menerusi laman sosial Instagram (IG).
Dakwa @qayqay, anaknya yang merupakan kawan baik kepada mangsa memberitahu mangsa pada mulanya bertanya mengenai perihal agama melalui pesanan DM sebelum penceramah itu memberi nombor telefonnya.
Titik kepada pertemuan kedua-duanya bermula setelah penceramah itu mengumpan makanan percuma sekiranya mangsa berjaya menjawab satu soalan teka-teki.
“Cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan. Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular,” tulis @gayqay
Dalam video yang berbeza, dia juga mendakwa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka, namun, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.
Menyalahkan kedua-dua pihak, wanita terbabit menyerahkan siasatan kepada pihak yang berkuasa.
Dalam video tersebut, @qayqay menggunakan audio yang dipercayai merujuk kepada pendakwah berkenaan.
Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.