ROME – Pelakon suara asal siri animasi Pingu iaitu Carlo Bonomi dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 85 tahun.
Daily Mail melaporkan punca kematian Bonomi yang berasal dari Milan, Itali itu masih belum didedahkan.
Mendiang merupakan pelakon suara bagi watak Pingu antara tahun 1990 dan 2000.
Bonomi yang tidak pernah membaca skrip menggunakan suaranya bagi semua watak dalam rancangan kanak-kanak itu.
Sehubungan itu, media sosial dibanjiri reaksi orang ramai termasuk rakan artis dan kenalan bagi mengucapkan takziah.
Bonomi meninggalkan seorang anak perempuan, Paola yang juga bekerja sebagai pelakon suara.