SINGAPURA – Taman burung terbesar di Asia, Jurong Bird Park di Singapura ditutup secara rasmi pada Selasa.
Penutupan adalah ketika taman tersebut menyambut ulang tahun ke-52 pada hari yang sama.
Jurong Bird Park mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1971.
Pada hari terakhir operasinya, 2,600 pengunjung melawat taman burung itu.
Ketika pertunjukan burung bertajuk Kings of the Skies dipertontonkan, pengunjung tidak berganjak meskipun hujan lebat.
Sebelumnya di Pools Amphitheatre, pengunjung disajikan pertunjukan High Flyer terakhir yang menampilkan Chucky sebagai bintang utama.
Pada akhir pertunjukan, staf berkumpul untuk memberi penghormatan penutup. Air mata kebanyakan mereka kelihatan berlinangan termasuk Zernalynne Flores, pengawas program haiwan yang telah bekerja di taman tersebut sejak 2011.
Sepanjang lima hari terakhir operasinya, 30,000 pengunjung membanjiri taman burung berkeluasan 20.2 hektar itu.
Lanjutan itu, 3,500 spesies burung yang dipelihara di taman tersebut akan dipindahkan ke kawasan baharu yang sedikit kecil.
Taman baharu yang diberi nama Bird Paradise, dijangka dibuka pada suku kedua tahun ini.
Ia akan menjadi sebahagian daripada Mandai Wildlife Reserve, yang turut menempatkan Zoo Singapura dan River Wonders and Night Safari.