Dua isteri bekas jurulatih bola sepak tular bergaduh

SHAH ALAM – Dua individu dipercayai isteri kepada seorang bekas jurulatih bola sepak tular bergaduh dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham membabitkan kedua-dua individu tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlakunya pertikaman lidah antara kedua-dua individu terlibat.

“Setakat ini kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan termasuk bekas jurulatih bola sepak tersebut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles