Wanita maut dibunuh suami dengan tukul besi

KUALA TERENGGANU: “Mak merajuk tak bagi saya pergi Melaka, mak memang tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Walaupun sudah berkahwin lain, kami enam beradik semua tinggal bersama mak,” kata Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, anak sulung Rubiah Sabtu, 41, yang maut dipercayai dibunuh suaminya di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, pagi semalam.

Mohamad Daniel berkata, dia ke Melaka kerana membantu ibu saudara, Nur Fadzilah Aziz, 32, dan neneknya berniaga nasi dagang di Bazar Ramadan di Tangga Batu Perdana.

Katanya, dia bertolak ke negeri itu tiga hari sebelum Ramadan dan berjanji dengan arwah ibunya akan pulang seminggu sebelum Aidilfitri.

“Selepas memberitahu hasrat untuk ke rumah ibu saudara di Melaka, ibu beriya-iya tidak membenarkan saya pergi, tetapi saya memujuk dengan alasan mahu cari wang untuk bantu ibu dan adik-adik untuk persiapan hari raya serta berjanji akan pulang ke kampung seminggu sebelum Aidilfitri.

“Selepas itu, baru ibu benarkan saya pergi dan berkali-kali berpesan supaya menjaga diri sepanjang tinggal dengan ibu saudara dan nenek, tak sangka pesanan ibu itu adalah yang terakhir.

“Ibu tak pernah berpisah dengan anak-anak. Terkejut, sedih dan tidak menyangka sepanjang ketiadaan saya, kejadian ini berlaku,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam tadi.

urut berada di pekarangan rumah mayat, bapa Mohamad Daniel iaitu bekas suami arwah Rubiah, Mohd Radzi Aziz, 38, dan Nur Fadzilah serta beberapa adik beradiknya yang lain.

Difahamkan, arwah memiliki enam anak hasil perkongsian hidup dengan Mohd Radzi dan pasangan itu berpisah kira-kira tiga tahun lalu sebelum arwah berkahwin kira-kira setahun lalu dan dikurniakan seorang anak berusia tiga bulan.

Bedah siasat ke atas mayat Rubiah selesai tengah malam tadi dan akan dibawa ke Masjid Bukit Besi, Dungun untuk disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi kira-kira jam 11 pagi.

Mohamad Daniel berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ibunya selepas diberitahu neneknya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, yang menerima panggilan daripada bapanya sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

“Ketika itu saya sedang tidur, selepas nenek beritahu ibu sudah meninggal (dunia), saya rasa macam tak percaya, lebih mengejutkan apabila kematian ibu sebab kena bunuh dengan ayah (tiri),” katanya.

Mohamad Daniel berkata, dia seolah tidak percaya kerana mendakwa sepanjang tinggal bersama bapa tirinya itu, sikap lelaki terbabit dikatakan baik dengan arwah ibu, namun tidak dinafikan sesekali ada berlaku pergaduhan.

“Tetapi tidak lama (bergaduh) dan hubungan mereka kembali baik, kali ini saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku sehingga ayah tergamak memukul ibu sehingga mati kerana saya tidak ada di situ (rumah) ketika kejadian,” katanya.

Katanya, dia difahamkan ketika kejadian adik lelakinya, Mohammad Danish, 15, dan yang bongsu berusia tujuh tahun berada di sekolah, manakala tiga lagi berada di rumah sepupu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di ruang tamu rumahnya akibat cedera parah di bahagian mata kanan, dahi, hidung, mulut dan telinga kanan serta kepala selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi.

Difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan suami isteri itu serta seorang anak mereka berusia tiga bulan berada di rumah.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang mengusahakan perniagaan kedai runcit dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham, bagaimanapun motif sebenar masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesesakan kerana membunuh. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles