fbpx

Syarikat media dijangka dapat manfaat atas Langkah Google tamatkan ‘cookies’

KUALA LUMPUR: Syarikat media Malaysia dijangka meraih manfaat daripada keputusan Google Inc untuk menamatkan sokongan ‘cookies’ pihak ketiga berkuatkuasa akhir tahun hadapan dalam usaha memberi penekanan kepada privasi data.

‘Cookies’ pada asasnya adalah fail kecil yang diletakkan oleh syarikat teknologi pengiklanan pada tapak web bukan gabungan bagi membolehkan mereka menjejak serta mengkaji tabiat dan keutamaan dalam talian pengguna bagi memastikan pengiklanan dalam talian yang lebih bersasar.

Penganalisis CGS-CIMB, Khairul Anwar Kamaruddin, berkata syarikat media tempatan yang telah lama mengalami kerugian dalam menarik iklan berasaskan dolar berbanding gergasi teknologi, bakal meraih manfaat di atas perkembangan terbabit.

“Syarikat media di bawah liputan kami seperti Media Prima Bhd dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) memiliki capaian penonton besar menerusi pelbagai platform multimedia yang membolehkan mereka memantau tabiat pengguna dan penonton bagi menjana data serta profil pelanggan yang lebih spesifik untuk pasaran “Media Prima telah mengumpulkan bank data selama bertahun-tahun menerusi saluran digitalnya dan dijangka dapat memanfaatkannya selepas akhir 2024,” katanya.

Khairul Anwar berkata, Media Prima dan Astro telah melancarkan perkhidmatan penstriman masing-masing iaitu tonton dan sooka disokong pengiklanan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dijangka membantu meningkatkan bank data.

https://dfe35cb924f4bb59e0526da175d352f7.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Perkhidmatan penstriman yang disokong iklan harus menjadi ‘penawar’ kepada penyusutan langganan dan isu cetak rompak kerana penonton hanya perlu menunggu beberapa iklan 30 saat dan tidak membayar apa-apa untuk mengakses kandungan media.

“Lebih lama penonton menggunakan perkhidmatan penstriman ini, Media Prima dan Astro akan dapat memahami pilihan penonton ini, yang akan membawa kepada pengiklanan yang lebih bersasar,” katanya.

CGS-CIMB berkata, teknologi pengiklanan yang boleh ditangani dan perkhidmatan penstriman disokong iklan itu belum diterjemahkan ke dalam pendapatan setakat ini.

“Bagaimanapun, perubahan dan peraturan media digital mungkin membantu memulihkan secara beransur-ansur beberapa pencapaian peserta media ini.

“Memandangkan Media Prima dan Astro mengumpul lebih banyak data, kami berpendapat ia akan menjadikan mereka lebih menarik kepada pengiklan dari semasa ke semasa.

“Kami menjangka ini juga boleh membantu untuk meningkatkan kad kadar iklan digital yang telah ‘ditindas’ selama bertahun-tahun oleh gergasi teknologi Google dan Facebook, sekali gus akan menjadikan ekonomi pengiklanan digital lebih berdaya maju untuk peserta media domestik yang tidak memiliki skala global,” katanya.

Khairul Anwar berkata, CGS-CIMB mengekalkan saranan OVERWEIGHT ke atas sektor media Malaysia dengan hasil dividen tahun kewangan 2023 dan 2024 sebanyak 3.0 hingga 8.1 peratus.

“Pemangkin penarafan semula berpotensi termasuk penggabungan dan pengambilalihan (M&A) serta penswastaan dalam sektor ini.

“Risiko kelemahan pula membabitkan perniagaan beli-belah dari rumah yang mencatat kerugian lebih besar, dan jualan iklan yang gagal pulih,” katanya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles