Kedah, Kelantan dan Terengganu lokasi Rumah Terbuka Malaysia Madani

Terengganu antara lokasi Rumah Terbuka Malaysia Madani

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.

Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain ahli jemaah menteri persekutuan.

Program di Kedah diangkat sebagai berstatus nasional dengan sasaran kehadiran 25,000 pengunjung.

Majlis itu yang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar bermula jam 10 pagi hingga 2 petang diadakan pada 29 April ini.

Di Kelantan pula, majlis diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula dari pukul 7 hingga 10.30 malam pada 12 Mei dengan sasaran 15,000 pengunjung.

Sementara di Terengganu sasaran jumlah pengunjung yang sama bagi menghadiri majlis diadakan pada keesokan harinya di dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula 7 hingga 10.30 malam.

Selain itu juga, terdapat tiga lagi rumahterbuka Aidilfitri yang akan dihadiri oleh Anwar dan dilaksanakan kerajaan Negeri masing-masing iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles