fbpx

Dua mangsa tertimbus tanah runtuh Banjaran Hot Spring ditemui maut

Oleh Julia Ismail

IPOH: Dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di resort Banjaran Hot Spring, Tambun ditemui maut pagi semalam.

Kedua-dua mangsa ditemui pada pukul 9.55 pagi di dalam bilik jakuzi villa itu

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak Goh Boon Keng, berkata kedua-dua mangsa  adalah lelaki dan wanita berusia 30-an.

“Villa ini mempunyai jakuzi tersendiri dalam bilik yang berasingan dengan bilik air.

“Kedua-dua mangsa ditemui selang lima minit antara satu sama lain. Mereka ditemui duduk berdekatan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya

Boon Keng berkata, kejadian itu disedari pekerja resort itu kira-kira jam 1 pagi. Ketika kejadian difahamkan, hanya empat bilik sahaja yang berpenghuni.

“Pekerja yang menyedari kejadian itu kemudiannya memaklumkan kepada semua penghuni mengosongkan bilik.

“Bagaimanapun dua mangsa itu tidak dapat dihubungi berkemungkinan mereka berada di dalam bilik jakuzi,” katanya.

Katanya, apabila pekerja masuk ke dalam villa itu dengan memanjat tembok didapati bilik jakuzi itu sudah tertimbus.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRP).

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur telah menginap di resort tersebut atas urusan kerja.

Mayat mangsa telah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles