fbpx

Malaysia, China kerjasama teroka bahan api biodiesel

13 DIS: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pengerang Maritime Industries Sdn Bhd, Shanxi Construction Investment Group Co Ltd (SCIG) dan Institut Kimia Arang Batu Akademi Sains China menjalin kerjasama bagi meneroka pengeluaran bahan api biodiesel serta biojet generasi kedua.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata menerusi pemeteraian kerjasama empat pihak itu, bahan api generasi kedua itu dijangka dapat dikomersialkan ke pasaran global dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Katanya, menerusi perjanjian persefahaman (MoU) itu, sebuah kilang minyak sayuran berhidrogen (HVO) akan diwujudkan di Pengerang, Johor membabitkan pelaburan berjumlah RM3 bilion dan akan mewujudkan hampir 800 pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Kilang berkenaan berpotensi mengeluarkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) atau lebih dikenali sebagai bahan api biojet di mana ia membabitkan usaha pemecahan dan penghidrogenan minyak sawit menjadi bahan api hidrokarbon yang dapat digunakan dalam industri penerbangan.

“Fasa pertama kilang ini dapat menghasilkan kapasiti sebanyak 500,000 tan setahun.

“Saya yakin projek ini akan menyuntik lebih banyak nilai ke atas produk minyak sawit Malaysia dengan memperkukuh dagangan dalam produk yang mempunyai nilai tambah,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian MoU antara empat pihak berkenaan di Bangi, hari ini.

MoU itu bertujuan untuk menggalakkan pertukaran teknikal dalam pengeluaran biodiesel dan biojet generasi kedua terletak di yang terletak di Pengerang Maritime Industrial Park (PMIP).

SCIG ialah syarikat milik negara (SOE) yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan wilayah Shanxi.

Mengulas selanjutnya, Zuraida berkata, kerjasama yang akan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China itu mampu menjadi pemangkin kepada penerimaan China ke atas pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai produk bahan mentah untuk pengeluaran bahan api bio yang akan meningkatkan pengiktirafan MSPO di pasaran global.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles