fbpx

Zii Jia mara ke pusingan ketiga

15 DIS: Lee Zii Jia bermandi peluh untuk menempah slot ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol malam tadi.

Pemain perseorangan utama negara itu mara selepas menewaskan Ygor Coelho dari Brazil.

Juara Seluruh England 2021 yang menduduki ranking ketujuh dunia itu memang 21-14 pada set pertama sebelum tewas 22-24 pada set kedua.

Bagaimanapun, Zii Jia, 23, tidak berdepan masalah untuk memenangi set ketiga dengan catatan mata 21-14.

Zii Jia bakal bertemu pemenang antara pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus dan pemain pilihan kesembilan dari Jepun, Kanta Tsuneyama.

Zii Jia dalam misi memburu gelaran juara dunia selepas terkandas di peringkat suku akhir pada edisi 2019 setelah tewas 12-21, 8-12 kepada Kento Momoto dari Jepun.

Sebelum itu, seorang lagi pemain perseorangan negara, Liew Daren tewas mudah 7-21, 17-21 kepada pemain India, H.S Prannoy.

Sementara itu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke pusingan ketiga selepas bergelut untuk menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Okamura-Masayuki Onodera 21-15, 21-24, 21-16.

Kemenangan ini boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan buat pasangan beregu lelaki negara ini selepas hampir lapan bulan tidak beraksi bersama.

Beregu lelaki yang turut menempah slot ke pusingan ketiga ialah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Izzuddin Rumasni-Goh Sze Fei.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Saurabh Sharma-Anoushka Parikh 21-8, 21-18.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles