fbpx

AS perketat SOP tangani COVID-19 menjelang musim sejuk

15 DIS : Amerika Syarikat (AS) kini melakukan pelbagai cara bagi menangani pandemik COVID-19 sebelum negara dengan 330 juta penduduk itu menghadapi musim sejuk, perayaan Krismas dan tahun baru.

Di New York umpamanya, orang ramai di seluruh negeri itu diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada dalam bangunan.

Pada masa sama, Massachusetts menghantar alat ujian COVID-19 secara percuma ke rumah di kawasan termiskin.

AS meningkatkan SOP bagi menangani penularan kes baharu COVID-19 terutama ketika menjelang musim sejuk.

Negeri di timur laut AS, Maine, pula mengerahkan anggota tentera kebangsaan untuk membantu di hospital, ketika pegawai mencuba pelbagai cara untuk mengekang penularan COVID-19 semasa musim sejuk.

Keadaan semasa menimbulkan kebimbangan kerana bilik kecemasan kini dibanjiri pesakit dan kadar jangkitan terus melonjak walaupun lankah kawalan yang ketat dilaksanakan.

Kemasukan pesakit COVID-19 mencatat peningkatan 14.4 peratus merentas negara bagi minggu berakhir 9 Disember lalu, menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles